Citrawarna 2010 Citrawarna

Perarakan Citrawarna 2010 sepanjang 1.5 km diadakan di Dataran Merdeka menuju Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Lebuh Ampang, Lebuh Pasar, Jalan Tun Perak turut terlibat. Seramai 6000 peserta terlibat menjayakan perarakan ini dan menjayakan 'Dikir Barat Mega'. Tetamu diraja ialah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Sabtu , 22 Mei 2010. Datuk Seri Ng Yen Yen selaku Menteri Pelancongan Malaysia gembira dengan kelancaran program ini.

Persembahan bermula dengan paluan gendang-gendang dari etnik pelbagai kaum di Malaysia. Segmen tersebut dinamakan “Gegaran Gendang 1Malaysia”. Ada 10 jidor, 20 gendang Cina, 20 gendang India, 10 gendang Sarawak, 10 gendang Sabah, 10 rebana ubi, dan 20 buah kompang. Ia diikuti nyanyian lagu Citrawarna Malaysia oleh Zarina, Karen Tan,Bob , Winnie Kok dan Cogie.